Title nak yang gempak je... hehehe.. tak de lah, just nak kongsi perasaan sedih dan pilu ni :( (saya tak lepas bahagian bukit tadi) =.= Um, tapi bahagian jalan raya pass tadi (yeh!!) tapi rasa down gak lah sebab tak lepas bahagian bukit sebab selalunya bila train kat litar (bukit, parking dan 3 pointer ok, jalan raya tak ok) tapi kali ni jalan raya ok, litar pulak fail. Adoyai, maybe tak de rezeki kot. Tapi nak bayar ulangan tu yang bikin panas poket, RM 150 ohhhhhh... da lah nak kena tunggu 2 minggu, mau nya tak sakit hati. Kadang-kadang jealous tengok kawan-kawan yang dah dapat lesen.
Tapi, apa-apa pun hidup kena teruskan jugak kan? Huhuhuhu, Um, tapi mesti ramai yang baru nak ambik tertanya-tanya kan apa proses yang kita kena lalui untuk mendapat lesen P. Jadi, jom tengok prosedurnya. Hahahaha.
Secara asasnya, lesen dibahagikan kepada beberapa buah kelas mengikut jenis kenderaan dan jenis cc. Tapi kita tengok bahagian motorsikal dan kereta dulu lah ye.
Kelas B2 : Motorsikal tidak melebihi 250 sp
Kelas B1(B Full) Mototrsikal tidak melebihi 500 sp
Kelas D Motorkar yang tidak melebihi berat 3000kg
Selalunya kita semua ambik 3 kelas lesen ni je. B2 ialah untuk kelas motor yang biasa-biasa tapi B1 ni lebih kepada superbike.
Ok. Pertama sekali, kita mestilah nak dapatkan lesen L (Lesen Belajar Memandu). Lesen L ini lain mengikut jenis kelas yang akan diambil. Saya akan cerita lebih lanjut nanti, sebab kita akan tengok proses untuk dapatkan lesen L dulu.
Pertama sekali untuk dapatkan lesen L, kita semua kena hadiri
kelas KPP (Kelas kurikulum pendidikan pemandu). Selalunya kelas KPP akan berlangsung selama 6 jam. Tambah setengah atau satu jam untuk rehat. Kelas KPP ini akan memberi panduan tentang tiga perkara iaitu tentang
tanda-tanda isyarat jalan raya, undang-undang di atas jalan raya dan undang-undang KEJARA. Rasanya korang semua mesti faham pasal tanda-tanda isyarat dengan undang-undang jalan raya kan? Haha.Mesti tertanya-tanya apa tu undang-undang KEJARA. KEJARA adalah singkatan bagi
SISTEM PENALTI MATA DEMERIT KESALAHAN JALANRAYA.
Fuhh, panjang gila. Secara asasnya, Sistem KEJARA dikhaskan untuk mereka yang mempunyai lesen memandu yang sah. Ini kerana, sistem ini lebih menentukan markah merit dan dimerit untuk pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan di jalan raya. Macam, ermm, kalau korang kena saman, bukan sahaja kena bayar duit, tapi dapat markah penalti. Bila markah penalti ni dah cecah satu-satu tahap, so lesen korang akan dibatalkan dan dikenakan hukuman mengikut sistem KEJARA ini.
Lepas korang semua dah habis kelas KPP. Korang semua kena ambik ujian teori berkomputer untuk menguji kefahaman korang dalam kelas KPP. (Dinasihatkan korang semua beli buku KPP macam kat atas tu). Buku tu ada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris sebab ujian nanti pon korang semua boleh pilih dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ujian teori berkomputer ni ada 3 bahagian iaitu bahagian pertama ialah bahagian ujian buta warna dimana korang semua kena betul kesemua soalan yang diberi, rasanya ada lebih kurang 5 soalan dalam bahagian pertama ni. Bahagian kedua pula ialah bahagian ujian nombor dan bentuk, yang ni pun kena betul semua juga. Kalau dalam bahagian pertama dan kedua ni korang korang miss satu soalan pun akan dikira gagal.
Manakala, bahagian ketiga pula korang akan diuji apa yang korang semua belajar dalam kelas KPP. Bahagian ketiga ni ada 50 soalan dimana korang kena betul sekurang-kurangnya 42 soalan. Kalau korang fail ujian ni. Korang kena bayar RM 35.00 untuk mengambil ujian ni semula. Kalau fail juga, selalunya pusat memandu ada alternatif lain iaitu korang boleh mengambil ujian teori ni secara bertulis ataupun paling slow sekalipun korang kena ambil ujian secara lisan.
Kalau dah lepas bahagian teori ni dan bagi keputusan ujian korang kat tempat memandu, korang kena pula menghadiri
kelas amali yang selalunya akan berlangsung selama 7 jam (lama tu). Dalam kelas amali ni korang akan belajar tentang sistem kenderaan yang bakal korang bawa, kalau motor kompemlah korang akan pergi bahagian amali motor dan kalau kereta pergi bahagian amali kereta. Setelah korang semua mendengar taklimat yang panjang lebar dan diamalikan. hehe.. maka korang akan dapat
lesen L. Hahahaha, tapi ikut sesuatu tempat memandu sama ada cepat dan lambat korang dapat lesen tu.
Sebelum kita pergi kepada lesen P. Ni nak bagi tahu sikit, contohlah korang da ada lesen L untuk motor, (kalau korang dah ada lesen L unutk motor, korang dah boleh bawa motor tu, tapi tak bleh bawa penumpang) lepas tu korang nak ambik lesen L unutk kereta pula, korang tak yah susah-susah kena ambil kelas KPP atau ujian teori balik, sebab korang kena ulang kelas amali sahaja. Lain pula lesen L untuk kereta, kalau pemegang lesen L kelas D (Kereta), kalau korang nak bawak kereta, korang kena ada cikgu memandu kat sebelah yang telah diiktiraf.
Sebab saya ni memang kaki bangku dalam mengendalikan motor (dalam kata lain tak reti bawa motor) jadi saya akan cerita pasal
Lesen P (Lesen Memandu Percubaan) untuk kelas D sahaja. Selalunya budak baru nak baru nak belajar ni akan diberi cikgu mengikut tetapan yang dibuat oleh pusat memandu dan diiberi masa hanya 8 jam dalam 4 sesi (maksudnya 2 jam dalam setiap sesi) untuk memandu kereta. Untuk ujian JPJ kelas D, ada 4 perkara yang dibahagi kepada dua bahagian yang diuji iaitu
bahagian pertama ialah jalan raya dimana korang kena keluar bersiar-siar bersama jpj (masaklah kalau dapat jpj yang suka maki hamun orang, tapi tu memang kerja diorang nak buat cam ne kan), manakala bahagian kedua ialah
bahagian litar iaitu bukit, parking dan 3-pointer. 3-pointer ni ialah ujian dimana korang diberi 1 petak, dan korang hanya boleh buat 3 gerakan sahaja iaitu masuk petak, undur ke tepi petak dan keluar petak. Parking dengan bukit mesti korang tahu kan.
Dalam bahagian jalan raya ada 20 kesalahan yang akan dinilai oleh jpj dimana kesalahan yang dilakukan mestilah tidak melebihi dari 4. Dengan kata lain, korang mestilah sekurang-kurangnya dapat 16 dari 20 markah unutk lulus bahagian jalan raya. Sama juga bahagian litar (bukit, parking dan 3-pointer) ada 20 perkara yang akan diuji dimana kat bahagian ni tidak boleh berlaku satu kesilapan pun, kalau satu je salah, korang dikira GAGAL dan muka kompemlah akan monyok (macam saya gagal kat bukit).
Oleh sebab bahagian ujian jpj ni ada dua bahagian, bahagian jalan raya dan bahagian litar, sekiranya korang gagal dalam satu bahagian misalnya korang lulus bahagian jalan raya tapi gagal bahagian litar, untuk calon ulangan, korang hanya perlu buat bahagian litar sahaja dan begitulah sebaliknya. Tapi kalau bahagian litar, misalnya korang lulus bukit, tapi parking gagal, jadi korang kena ulang semula semua bahagian litar (Ouch). Bayaran ulangan untuk ujian JPJ pula ialah RM 100 - RM 150 (Panas poket seh). Jadi korang yang nak ambil lesen tu, buatlah betul-betul ye agar tidak melabur duit lagi dan kepada yang berjaya mendapat lesen P, korang semua akan dimonitor oleh sistem KEJARA dan memegang lesen P selama 2 tahun sebelum dapat lesen yang betul iaitu lesen memandu kompoten.
Jadi korang semua, just satu nasihat je bila nak ambik ujian jpj nanti, jangan terlalu takut atau terlalu confident (aku terlalu confident) sebab nanti korang akan gagal. Bila ujian tu selalulah fokus sebab kalau boleh semua orang tak nak bazirkan duit kan. Lagipun lesen ni kita ambik seumur hidup sekali je, kalau fail juga, jangan lah cepat mengalah sebab orang lain pun ada yang ambik lebih tiga kali baru lulus. (Doakan saya gak agar lulus ujian yang seterusnya) dan gudluck ok untuk yang baru nak ambil lesen. ^^