Jumaat, 27 Mei 2011

Bila 18 bukan satu ukuran istimewa

Pernah tak pikir bila dimana kita dalam keadaan yang terbaik, yang amat baik dan kita terfikir, hari esok dan seterusnya mesti baik juga. Kenapa perlu fikirkan hal-hal sebegitu sedangkan hari ini ialah hari yang terbaik dan antara yang terbaik yang kita pernah hadapi...

Tapi tu semua beberapa bulan dan tahun yang lalu, bukannya tahun ini kan? Bila masa di usia muda dulu, semuanya senang, ada yang menjaga kita, ada yang menghampiri kita dengan niat untuk berkawan dan segalanya rasanya macam begitu indah kan? Rasa macam dunia ni tiada realitinya.

Tapi masa yang sering berganti membuatkan kita lebih menyedari tentang apa yang kita kejarkan, apa gambaran dunia yang sebenarnya dan seterusnya menghidupkan kematangan dalam diri dan pabila usia makin meningkat, ia akan menjadi permulaan baru untuk semua orang menjadi yang lebih baik walaupun kadang-kadang perubahan itu merubah perspektif orang lain terhadap diri kita.

Ramai yang terluka di tengah jalan disebabkan pelbagai perubahan yang dialami, tapi tanpa kita sedar kita juga telah mengundang duka orang lain. Tapi, kalau perubahan tersebut membawa hikmah yang besar dalam menjalani drama duniawi ini, itu lebih baik bukan? Sebab keadaan manusia sering berubah dan tidak akan seorang pun yang akan kekal bersama seorang yang lain walau seerat mana pun persahabatan tersebut kerana akhirnya di dunia sana juga kita akan berseorangan.
 
Walaupun tak mudah untuk menempuh umur dan hidup yang baru, tapi sebagai manusia kita patut yakin bahawa setiap perubahan akan membawa ke arah yang lebih positif. Walaupun kadang-kadang perubahan amat sukar untuk diterima pada mulanya, tapi itulah yang membentuk manusia yang hebat kan? Terima kasih pada semua yang banyak memberikan memori indah sepanjang hampir 18 tahun hidupku, moga kita jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan